Thursday, December 24, 2009

Quiche Cendawan



Quiche ni yang paling senang nak buat. Bahan pun tak susah nak cari. Dulu masa dok kat Brunei rajin gak buat quiche nih...sb sedap...tp tak leh makan selalu la...nanti badan naik..hehehe.
Bahan2:
Tepung gandum - 500g
Mentega sejuk - 225g-dipotong kiub
Jus lemon - 1 sudu besar
air berais - agak2 je
Uli doh hingga menjadi doh yang lembut , tidak melekit dan boleh di uli. Biarkan sekejap.
Inti:
Minyak zaitun - 2 sudu besar
Mentega - 2 sudu besar
Bawang besar - 1 biji - di potong dadu
Cendawan butang - di buang batang dan dihiris nipis
Cendawan shitake - dibuang batang dan dihiris nipis
Daun bawang kucai - di hiris halus
Garam
Lada hitam secukup rasa
Kastad:
Telur - 4 biji
Krim - 500ml (aku gunakan santan dalam tin, sedap gak..)
Garam
Lada hitam
Panaskan minyak zaiton dan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga berbau dan lembut. Masukkan cendawan dan daun kucai. Aku tambah dengan udang jugak supaya sedap..jadi kalau ada udang boleh masukkan udang sekali. Udang tu biarkan potong kecik2 sikit supaya senang nak makan nanti.Biarkan hingga masak . Perasa kan garam dan lada hitam. Kemudian angkatkan.
Canaikan doh yg disejukkan td dan letakkan kedalam acuan quiche. Kemudian tekan2 kan perlahan2 supaya ia mengikut bentuk acuan. Potong bahagian yang berlebihan.
Tutup acuan quiche yang beralas dengan kertas timah agar tidak ada bahagian doh yang terdedah, isikan dengan kekacang atau beras, bakarkan pastri dulu di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'c selama 20minit.
Selalunya selepas 20min aku alihkan kekacang/beras, kemudian bakar sedikit lagi supaya bahagian bawahnya masak btul..kekadang tak berapa masak kalau kita tutup macam tu aja...
Sementara itu, sediakan kastard. Pukul telur dan krim sehingga sebati dan tidak berbintil2, masukkan garam dan lada hitam.
Keluarkan pastri dari oven dan masukkan inti dan kastard hingga penuh.
Masukkan semula kedalam oven dan bakar dalam 25min atau sehingga kastard nmpk keras dan masak. Biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk dihidangkan...