Thursday, January 28, 2010

Apam Gula Hangus



Apam ni sedap sangat...sangat2 sedap. Kalau tak pakai kelapa pun tak pe sebenarnya..tapi sebab dah namapun apam...jadi mesti nak pakai kelapa...ehehhe... Aku buat dalam loyang besar sebab nak cepat...kalau buat dalam acuan kecik2 pun ok...tapi kalau pakai loyang pastikan di kukus dalam 1 jam gitu...apam ohhh apam...sedapnyer kau...
Bahan:
280g tepung gandum
11/2 sudu teh soda bikarbonat
145g minyak masak
85g gula kastor
5 biji telur
3 sudu makan susu krimer manis
215g gula pasir )
215g air ) untuk gula hangus
Cara:
Untuk gula hangus, masukkan gula pasir kedalam periuk, Masak atas api sederhana hingga cair dan perang. Kemudian tuangkan air dan kacau hingga sebati. Sejukkan sekejap.
Pukul telur dan gula kastor dengan kelajuan tingga hingga kembang dan gebu. Hentikan mixer. Gunakan senduk kayu, masukkan tepung yg telah diayak dengan soda sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata perlahan2.
Kemudian masukkan susu krimer dan air gula hangus sedikit demi sedikit hingga abis. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul rata.
Griskan acuan apam dengan sedikit minyak. Didihkan air dalam pengukus, panaskan dulu acuan dalam 5 minit dan tuangkan adunan. Kukus dalam 1 jama kalau dalam loyang...kalau dalam acuan kecik2 dalam 15minit hingga masak.
Pastikan periuk kukus di lapik dengan kain supaya air tidak menitis atas apam yg gebu ni ek...

Agar agar Gula Merah


Agar2 ni paling senang nak buat..tapi kkdg ada gak orang buat tak menjadi...ada yg buat keras ada gak yg buat tak sama banyak santan dan gula merah nyer tu...Aku pun tak terkecuali gak...biasanya mesti keras...tapi kali ni menjadi lembut gak. sedap dimakan..hahahaha. Tapi paling nak senang buat agar2 merah tu la...lagi senang...hahaha cuma colournya tak cantik sangat macam agar2 santan ni. Boleh kurangkan gula kalau tak nak manis sangat...maklum lah kawan2 aku tergolong orang yg banyak nak datang penyakit...hehehe...jadi buat apa pun tak leh manis sangat...tak leh banyak santan sangat...tak leh banyak lemak gituuuu....hehehe
Agar2 ni aku main agak2 jer sebab resepi nya tak de sukatan. Tu pun mak mertua yg buat dulu2 kita main jeling2 je tengok camana dia buat. Arwah mak aku pandai gak buat ni..tapi al maklum la dulu2 kita main order je kalau nak makan..bila dia dah tak de baru la terhegeh2 nak belajar buat itu ini....
Agar2 strip @17gm (anggaran air dalam 8 cawan)
Gula merah/melaka
Gula pasir
Santan
Telur 2 biji
Daun pandan
Mula2 masakkan dulu agar2 tu hingga cair bersama 2 helai daun pandan. Masukkan gula merah sikit, dan gula pasir. Rasakan la manis macamana yang kita nak..Biar dah cair tapiskan dulu. Biarkan ketepi . Kemudian blenda kan santan, daun pandan 4 helai dan telur. Tapiskan jugak. Santan ni jangan banyak sangat...agak2 dalam 1 cawan setengah pun ok...Kemudian masukkan semuanya balik kedalam periuk dan biarkan seketika. Bila dah berbuih je terus angkat dan masukkan dalam acuan jelly. Jangan biarkan berbuih lama sebab nanti telur tu terlalu masak dan tak jadi cantik jelly ni... Pas tu sejukkan.

Kuih Bakar Bijan


Kuih ni memang favourite semalaya...hehe...semua orang suka kuih ni sebab sedap. Lagipun kuih2 tradisional macam ni memang tak muak nak makan...lagi hangus lagi sedap. Jadi hari tu buat kuih ni pun sebab ada orang order...

Ntah apasal orang dalam umah ni kurang berminat ngan kuih ni la...satu acuan ni pun tinggalkan kat umah..aku sorang yg bedal sampai abis...yang lain semua macam tak nak makan...kalau buat brownies tu sekejap je dah abis...hehehe

Anyway, masa buat kuih ni aku doublekan resepinya sebab nak buat banyak. Pakai loyang pun boleh buat..tapi aku pakai acuan bunga ni supaya senang nak potong bila dah sejuk. Bila dah doublekan resepi tu dapat lah dalam 7/8biji. Tapi acuan bunga tu kena panaskan dulu..letakkan sikit butter kat acuan tu sampai butter tu cair baru tuangkan adunan kuih ni...insyaallah takkan melekat kat acuan bila nak keluarkan...tapi kalau melekat gak tu..jangan salahkan aku yo...hehehe


Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 sudu makan mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan - untuk taburkan diatas adunan sebelum di bakar...

Kalau ikutkan aku, aku blenda je semua bahan2 ni kecuali mentega pas tu tapiskan 2 kali. Bakar dalam 1 jam 15min...kalau suka lagi hangus, biarkan lagi sekejap. Kuih ni lagi sedap di bakar waktu malam...esok pagi baru dipotong...

selamat mencuba.

Strawberry Muffin



Muffin ni selalu gak buat. Kadang2 tu buat bekal budak2 ni gi sekolah. Tapi iyelah..muffin ni macam ada musim...kkdg abis diaorang makan..kkdg tu tak abis...terbiar je macam tak makan.


STRAWBERRY MUFFIN

Bahan:

170g mentega
170g castor sugar
4 biji telur
350g tepung gandum/tepung kek/tepung naik sendiri
20g baking powder
160ml susu segar
1 camca teh esen vanila
Strawberry filling / boleh gunakan filling lain kalau suka


Panaskan oven pada suhu 175'c. Pukul mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus putar lagi hingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga abis. Gaul rata.

Sudukan adunan kedalam mangkuk muffin 1/2 penuh..sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lg adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh sahaja. Dan bakar pada 20 minit atau hingga kuning keemasan.

Monday, January 11, 2010

Pais Ikan Kembung



Pais ikan ni resepi dari kawan, orang Brunei. Memang sedap. Cara masaknyer pun senang sangat. First time kawan ku, Chef Glo jamu makan pais ni kitaorang semua dah jatuh cinta..hehhe

Walaupun cara masaknya ada ala2 macam sambal tumis ikan jugak, tapi dia berkuah sikit macam asam pedas, tapi tidak lah berlinang kuahnyer macam asam pedas..cuma tambahkan sedikit air aja. First time aku buat ni sejak Chef Glo ajar aku hari tu...tp yang pasti masakan ni senang dan sedap, sapa2 pun leh try buat kalau tak caya.... tapi aku rasa aku nyer ni kurang kuning la...mungkin rempah kunyit aku taruk kurang kot...tapi bila dah menjadi, yang penting rasa nya sama..cuma nak kasi chef glo try.....rasa malu lak....kang dia komplen....hehehehe


Bahan2 nya:

3 ekor ikan kembong sedarhana besar (1/2kg) - di siang/potong
3 senduk nasi blend cili kering
2 sudu teh serbuk kunyit
3 biji bawang merah besar diblend
4 biji bawang putih - blend
2 inci halia - blend
8 biji cili padi di potong2 kecil (klu nak pedas g boleh tambah)
7 keping asam keping/gelugor
3 senduk nasi minyak penumis (agak2 ler minyak tu)
secubit belacan
garam secukup rasa
sedikit ajinomoto (optional)
sedikit gula

Cara2 nya:

Panaskan minyak dalam periuk. Bila sudah panas tumis bawang2/halia/cili yg di blend. Masok kan serbuk kunyit, asam keping/gelugor dan belacan. Bila keluar bau, masokkan ikan kembong..gaul rata2 dan masuk kan semua bahan perasa (garam/ajino/gula). tambah kan sedikit ayer supaya ikan meresap dgn kuah nya. Masak selama 30mins. Kalau hendak di bakar dgn daun pisang boleh juga. Gaul semua bahan dlm bekas dan ganti kan asam keping dgn ayer lemon kira2 2 biji besar. setelah di gaul rata, susun ikan dlm daun pisang dan tuangkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Angarkan saja berapa ekor ikan dlm 1 daun pisang - pandai2 lah agak2 ye...hehehehe :)


*copy dari chef glo ~

Sunday, January 10, 2010

Pudding Caramel



Dah berzaman dah buat pudding caramel ni...Macam2 jenis caramel dah..semuanya berbeza2 resepi. Tapi aku rasa yang ni sedap..tapi pada sapa yg tak nak kena kencing manis tu agak2 la sikit susu pekat tu ek...sebab bila dah sejuk tu kembang ke tekak gak manis nyer tu. Kalau kat resepi tulis 1 tin kecik...kita leh kurangkan la ke 3/4 je...:)

Apa2 pun pudding caramel ni memang sedap...

Bahan:-
6 biji telor
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil air
1 sudu kecil tepung kastad
1 sudu keci esen vanila

Untuk caramel:-
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara Menyediakan:-
Lenserkan butter pada loyang 6 x 6 x 3 in. Masak gula hingga benar2 keperangan (*jangan smpai naik bau hangus lak! Nanti pahit..). Tuangkan air panas, kacau dan cepat2 tuang ke dalam loyang. Ketepikan biar gula sejuk dan keras.

Sementara itu, campurkan telor, susu cair, air, esen vanila dan tepung kastad. Blendkan sebati. Tuang perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus atas api selama lebihkurang 30 minit. Sejukkan dalam fridge. Bila benar2 sejuk, larikkan dengan pisau dulu di tepi loyang caramel baru terbalikkan caramel ke dalam bekas yg sesuai, potong dan ngapp!!

Caramel Croissant Pudding


Puding ni sedap dimakan panas2. Sejuk pun ok tapi kalau suam2 tu lg sedap. Caranya beza sikit sebab kita kena buat caramelnya dulu..Aku buat ni pakai butter croissant jadi sedap dan lemak. Laki aku suka makan ni..dia pun puji sedap. Lain kali leh buat lagi...meh la cuba ramai2...


Bahan:-
5 ketul croissant (ikut besar mana croissant tu)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
3/4 cawan whip cream (cair)
2 sudu besar esen vanilla
3/4 cawan susu segar
2 biji telor - dipukul sikit
taburkan dgn kismis kalau suka...

Cara Membuat:-

Panaskan oven ke suhu 175 C.

Koyakkan croissant ataupun potong dua dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.

Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. Kalau agak2 gula caramel tu keras sikit, panaskan balik dalam periuk. Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.

Bakar dalam oven selama 20 minit hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

Swiss Roll Triffle Pudding



Nak buat pudding ni nampak je macam senang...mmg senang..tapi leceh sikit pada aku ah..hehe...first time buat..sebelum ni memang tak penah buat..tak penah makan pun. Tengok kat blog orang, nampak macam sedap...orang pun rekemenkan sedap jadi kita pun try la buat.

Nak dijadikan cite, dua kali gak aku buat ni...aduhhhai...leceh betul. First time buat tak menjadi jelly nya tak keras...nyusahkan aku btul..Nasib baik ler lepas satu jam tu aku gi check tgk jelly apa jadi....kalau tak tu tak tahu ler...Terpaksa lah ke kedai balik gi beli fruits koktail, beli swiss roll yang lain lagi..terpaksa lah.... sebab pudding ni nak dihidangkan malam nanti. Ntah apasal aku nak buat pudding yg tak penah2 aku buat nih, sampai dua kali lak tu..haru btul....

Kali kedua buat, aku pakai jelly instant yg aku beli kat msia dulu. Tapi perisa orange...lantak lah...asalkan jellynya menjadi dah kira ok lah tu...sebab teringin sangat nak rasa camana triffle ni. alhamdulillah, kali kedua ni menjadi, jelly pun keras, pudding nampak sedap...tapi sebabkan tetamu terlalu kenyang malam tu..ataupun agaknya jelly ni tak sedap pada diaorang...jadi kurang sambutan la pulak.....rugi buat dua kali....ekekekkeke. Esoknya tak de sapa nak makan, aku buang gak sudahnya :(



Bahan:-
Lapisan bawah:
1 buku swiss roll cake - potong 1 cm
- Aturkan swiss roll cake dalam bekas kaca.

Lapisan Tengah:
125 gm tepung kastad
250 gm gula
500 ml air
125 susu cair
1/2 sudu kecil garam

- Bancuh sebati adunan dan masak atas api perlahan. Kacau selalu dan bila agak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan kastad.

Lapisan Atas:
3/4 tin buah koktel (ummi guna Hosen) - tuang ke atas kastad, rata.
10 gm serbuk agar-agar
125 ml air
2 sudu besar gula
Pewarna hijau/merah

- Masak serbuk agar-agar hingga larut, masukkan gula dan pewarna. Tuang ke atas buah-buahan tadi. Sejukkan. (Ummi jez guna krystal jelly Nona perisa strawberry, masak ikut arahan pada kotak. Siap tuangkan aje atas buah-buahan..hehe..senang kan, sedap pun sedap.)
(* Bila hendak makan puding ini, scop kan saja ke dalam bekas).