Sunday, December 27, 2009

Ngomel che'daisy...

Sebenarnya aku jarang makan kat luar especially lunch or dinner. Breakfast tu pun selalu keluar sb kawan2 ajak keluar bfast kat luar...jadi kita pun ikut je lah...kalau tak tu memang tak de gak breakfast kat luar.

Selalu kalau lunch kat luar especially kat food court, selalu aku perhatikan orang2 yg keje kat Borders..H&M or mana2 lah kedai kat shopping mall ni suka sgt makan kat KFC...ada discount ker diaorang makan kat situ?..sedangkan kat foodcourt tu bnyk gerai lain lagi. Tapi iyelah KFC tu murah...kalau compare dengan gerai2 lain walaupun McDonald pun kira mahal gak dari KFC. Kalau McD Big Mac Meal tu kat sini harga OR1.850, KFC snack meal, 2 chicken , bread ngan fries baru OR1 je...Roller baru 400 baiza...murah la kan..hehehe...9 ketul chicken kat KFC baru OR4.900. Kat Msia brapa harga agaknya ye...

Bila survey dekat gerai2 yang lain, kalau kedai Magic Wok, nasi + 2 meal dah harga OR2.700..memang kenyang..tp mahal la sikit..kkdg orang2 yg keje kat shop2 ni kebanyakannya orang Philipine...mana suka makan makanan arab nih...rasanya fast food yg diaorang suka cuma KFC je kot...bila tengok diaorang makan tuh sampai satu basket chicken..makan ramai2...seronok lak tgk...agaknya dapat discount diaorang ni ek...hehehe

Banyak variety food kat sini tapi kebanyakan nyer makanan arab dan india lah...macam beriani dan mandi rice. mungkin setengah orang tak suka makan makanan ni...macam aku pun dah naik muak dah sebenarnya..hehe...sesekali ok lg..Kalau anak aku, Nurul tiap kali gi food court mesti nak Mc D, sarah mesti nak magic wok..ntah apa yg dia suka sangat ngan magic wok tuh...tiap2 hari makan kat magic wok tu pun tak pe kata dia...

.....................

Friday, December 25, 2009



Resepi ni paling mudah. Dapat idea dari kawan masa ajak gi Hi Tea baru2 ni..sangat sedap untuk appertizer. Kita pun apa lg..bila dah rasa sedap...mintak resepi la..then try kat umah. Tapi sebabkan orang semua kat umah ni tamak2...jadi kita buat inti dia lebih sikit...baru sedap makan...hehe....Jadi kalau sapa2 ada tetamu datang ke umah...boleh cuba ye..


Bahan:

Kulit popia
Crab meat stick
Philadelphia cheese
Daun bawang - di hiris halus
Garam sikit ~ kalau rasa macam tawar sikit letak ler..tp aku tak letak pun..ok jek..hehe
Tepung - 2 sudu dicampurkan dgn air - buat pelekat


Kulit popia tu dipotong dua dulu. Hancurkan crab meat stick tu dalam mangkuk..campurkan cheese (ikut suka nak banyak mana)..kemudian balutkan mcm gmbr di atas..untuk lekatkan kulit popia, sapukan dengan tepung.

Kemudian tu boleh la digorengkan...

Sebenarnya, kalau suka nak campurkan udang pun ok...kalau ada idea nak tambah apa2 lagi pun ok...misalnya cendawan ker..cili ker..ikut suka lah...tp kekadang budak2 lak tak suka kalau letak mcm2 benda lain kan...hehe

Thursday, December 24, 2009

Quiche Cendawan



Quiche ni yang paling senang nak buat. Bahan pun tak susah nak cari. Dulu masa dok kat Brunei rajin gak buat quiche nih...sb sedap...tp tak leh makan selalu la...nanti badan naik..hehehe.
Bahan2:
Tepung gandum - 500g
Mentega sejuk - 225g-dipotong kiub
Jus lemon - 1 sudu besar
air berais - agak2 je
Uli doh hingga menjadi doh yang lembut , tidak melekit dan boleh di uli. Biarkan sekejap.
Inti:
Minyak zaitun - 2 sudu besar
Mentega - 2 sudu besar
Bawang besar - 1 biji - di potong dadu
Cendawan butang - di buang batang dan dihiris nipis
Cendawan shitake - dibuang batang dan dihiris nipis
Daun bawang kucai - di hiris halus
Garam
Lada hitam secukup rasa
Kastad:
Telur - 4 biji
Krim - 500ml (aku gunakan santan dalam tin, sedap gak..)
Garam
Lada hitam
Panaskan minyak zaiton dan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga berbau dan lembut. Masukkan cendawan dan daun kucai. Aku tambah dengan udang jugak supaya sedap..jadi kalau ada udang boleh masukkan udang sekali. Udang tu biarkan potong kecik2 sikit supaya senang nak makan nanti.Biarkan hingga masak . Perasa kan garam dan lada hitam. Kemudian angkatkan.
Canaikan doh yg disejukkan td dan letakkan kedalam acuan quiche. Kemudian tekan2 kan perlahan2 supaya ia mengikut bentuk acuan. Potong bahagian yang berlebihan.
Tutup acuan quiche yang beralas dengan kertas timah agar tidak ada bahagian doh yang terdedah, isikan dengan kekacang atau beras, bakarkan pastri dulu di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'c selama 20minit.
Selalunya selepas 20min aku alihkan kekacang/beras, kemudian bakar sedikit lagi supaya bahagian bawahnya masak btul..kekadang tak berapa masak kalau kita tutup macam tu aja...
Sementara itu, sediakan kastard. Pukul telur dan krim sehingga sebati dan tidak berbintil2, masukkan garam dan lada hitam.
Keluarkan pastri dari oven dan masukkan inti dan kastard hingga penuh.
Masukkan semula kedalam oven dan bakar dalam 25min atau sehingga kastard nmpk keras dan masak. Biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk dihidangkan...

Sunday, December 20, 2009

Ngomel bodoh je..

Sekarang ni dah cuti sekolah, budak2 cuti 3 minggu...apa nak buat ek?..
Kadang2..bila budak2 ada kat umah,bosan gak..sb asyik nak makan je keje dorang..kalau tak de kat umah tu rasa bosan lak...cuma yang bagus nyer tak yah jadik driver antar diaorang gi sekolah ngan ambik dari sekolah..ekeke

Ni dah 3 ari cuti sekolah, memang keje aku kat dapur je lah. Hari2 diaorang dah plan nak makan apa..rasanya cuti ni memang tak kemana pun. ari tu pun baru je balik dari Jordan, penat pun masih terasa lagi... Beli product Dead sea pun masih tak pakai2 lagi..hehe.....Baik ler aku dok kat bath tub tu melulurkan badan aku ngan product dead sea tu dulu kan...3 minggu lulur badan, sure lepas tu badanku mulus...hahahaha......Lagipun sekarang ni kat Oman asyik hujan je winter nih....cuaca selalu tak betul...jadi takut gak nak drive jalan jauh2 sebab takut banjir. Maklum lah kat oman ni hujan setahun tak sekali..tapi sekali cuaca tak menentu...hujan turun...leh tenggelam Oman ni...

Cite pasal bab memasak ni, kekadang ada kawan2 cakap aku pandai masak. Tapi sebenarnya tak de lah pandai sangat pun...masih lagi bergantung dengan buku resepi. Pas tu intai2 kengkawan nyer blog..tengok ada resepi yang sedap..kita ikut...aku pun masih lagi gi belajar baking kat mana2 tempat pun kalau ada, walaupun dah tahu buat, masih lagi ikut resepi yang lain. Kekadang resepi kita tak sama dengan orang lain. Maybe resepi orang lebih sedap dari kita nyer...jadi aku berusaha jugak belajar lagi...kita tak payah nak tunjuk pandai buat walaupun hanya buat 'cekodok' bodoh je...kadang2 aku buat cekodok pun keras, orang lain buat cantik lembut sedap...jadi tak salah tanya camana oranglain buat kan....ada kawan aku pegi belajar baking ngan aku, buat muka berlagak giler sebab dia dah pandai buat semua yang chef tu ajar. Nyesal ajak pegi. Pada aku...kalau kita pandai buat apa sekali pun...kalau ada orang lain nak ajar ilmu pada kita, tunjuk la yang kita berminat...hargailah masa chef tu yg ajar kita...

akhir sekali, ramai yang kasi email pada aku, kenapa tutup 'Bungaros Oman'...hai dah brapa kali dah cakap...anggap je lah bungaros tu dah mati sebab terlupa siram ngan air, maklum lah cuaca kat Oman ni tak menentu jadi bunga pun mati. Ada yang lebih suka bungaros oman dari 'che daisy'.....pada aku...terima la che daisy sekarang seada nya...jangan ngomel banyak sangat yo....hehehe...

tata.

Mee Rebus



Dah lama nyer tak buat mee rebus. Bukannya apa...yang sebenarnya malas nak buat mee kuning tuh. Kekadang pakai mee spageti kurang sedap. Jadi pagi semalam..buat jugak lah mee kuning dulu..baru buat mee rebus. Alang2 keledek dah ada tu kan...kita pun buat la.

Bahan2:

Rempah kari daging - 1/2 cawan
Daging/ayam - di potong kecil2
Taucu - 3 sudu makan
Air - agak2 (jgn cair sangat kuah)
Ubi keledek - 6 ketul, direbus, dilecekkan
Tomato - 2 biji
kacang tanah - 3 sudu besar
Garam, gula - secukup rasa
Tepung jagung - 3 sudu besar, dibacun dengan air utk pekat kan sikit kuah
Ubi kentang - 2 biji , di potong dadu, digorengkan
Mee Kuning

Pes Rempah:
Bawang merah - 6 biji
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 4 cm

Hiasan:

Telur rebus
Tauhu keras
Daun bawang
Taugeh
Cili Hijau
Limau Kasturi
Bawang Goreng

Satukan semua bahan pes rempah dan blender hingga halus.
Panaskan minyak, masukkan pes rempah, rempah kari hingga harum, masukkan ayam atau daging, taucu, air dan keledek, kacau dan didihkan.
Tambah tomato, kacang tanah kemudian rasa kan garam dan gula. Bubuh tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah, renehkan sekejap.
Bolehlah dihidangkan.

Saturday, December 19, 2009

Kuih Seri Muka



Sebenarnya dah banyak kali buat kuih ni tapi selalu tak berapa menjadi. Kadang2 terlalu lembik...ada kadang2 keras sangat...kkdg pulut nyer rasa hapak...memang ada je yang tak kena. Tapi kali ni menjadi lak tuh...hahaha...sukses. Kuih ni buat untuk bawak jamuan makan2 untuk team bola. Maklum la kuih baru masak..jadi potong pun tak brapa betul..tapi kuih ni memang sedap. Maklum la bila dah lama tak makan..sekali buat menjadi lak tuh.....suka la aku....


Kuih Seri Muka
21/2 cawan santan cair + sedikit garam
2 cawan pulut - rendam 3 jam dulu
Selalunyer bahan pulut ni aku main agak2 je..asalkan pulut tu terendam dek santan, kira pas la tuh..hehehe
Bersihkan pulut dan toskan. Kemudian kukuskan pulut hingga masak.
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir - kalau rasa kurang manis tambah sikit lagi
2 biji telur
1 sudu teh garam
Satukan bahan hingga sebati. Kalau aku blendakan semua lg senang..then tapiskan. Tuangkan adunan ni perlahan2 keatas pulut tadi. Kukuskan dalam 45min hingga masak. Sebaiknya penutup kukus tu dilapik dengan kain supaya air tidak menitis atas kuih...

Wednesday, December 16, 2009



AYAM PERCIK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN A :

1 ekor ayam, dipotong 4 bahagian
2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 btg serai, diketuk
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR :

2 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang ptuih
5cm halia 2 cm lengkuas
2cm kunyit 3 btg serai

CARA-CARA: 1. Bersihkan ayam. 2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, gaul dan biarkan mendidih. 3. Keluarkan ayam dan panggang di dalam oven. Boleh juga panggang atas arang atau dapur. 4. Lebihan kuah boleh di siram ke atas ayam sepanjang proses membakar. Selebih kuah boleh dimasak terus hingga pekat dan boleh disiram ke atas ayam ketika menghidangnya.

Tuesday, December 15, 2009

Coffee Morning aka Farewell K Ina





Seronok rasa nya pagi ni sebab sebagai tuan rumah, dah lama sebenarnya nak buat kan something buat kak ina ni. Aku memang baik dengan dia, dan rasa sedih la jugak bila k ina ni dah nak pegi. Sekarang ni makin lama makin kurang dah orang msia kat Oman ni...bukan orang Msia aja..mana2 kawan2 yang rapat dari Brunei specially, semua dah nak pegi...sedih lak rasa. Semua nya kawan2 rapat. Dalam 2011 rasanya ramai kawan2 rapat dah tak ada....

Pagi ni, jemput kawan2 rapat datang kerumah makan2 sambil meraikan k ina yang makin sibuk dengan packing barang kat rumah dia tu. Kita curi dia kejap untuk makan2 sambil jumpa kawan2. Macam biasa menu memang banyak, sebagai tuan rumah, aku buat nasi lemak, sambal ikan bilis, sambal sotong dan jugak ayam goreng halia. Selain tu ada jugak meehon goreng. Kuih muih ni macam biasa dibawak oleh kaum2 ibu yang datang...timekasih la banyak2..sebab menu semua sedap2...


Geng2 aku ni memang tak sah kalau tak bergambar sakan...sebab diaorang ni memang suka bergambar...kalau sapa2 yang ada facebook leh add daisy kat fb...tengok je lah gambar2 kitaorang kat situ..masyaallah..kalah model tersohor...:)....
Tapi yang penting, we all happy pagi tuh..makan pun sedap2..perut pun kenyang, dapat lak berkumpul ramai2 macam nih....cuma kita sedih sebab kak ina nak pergi je..
Semoga kak ina sukses walau dimana pun k ina berada, selalu ingat kami kat sini, kalau kitaorang balik Msia nanti..leh caling2 ye...

Puding Laici



Puding ni paling senang buat..sedap pun sedap. Memang ramai yang suka puding ni...ala..puding simple jek..tapi kekdang kan..kalau letak lebih sikit buah laici tu kan..orang lebih suka makan laici nyer je..hehehe....puding masih tinggal lagi..tapi laici dah abis...hehehe
Kalau rasa tak nak manis sangat...boleh kurangkan gula..tapi rasanya rasa nyer dah ok..tak manis sangat pun...makan sejuk2...terasa sejuk sampai ke tekak...:)

Ikut pada resepi ni , memang dapat banyak..kalau rasa tak nak banyak..buat setengah adunan resepi pun ok. Puding ni memang lembut macam taufufa, sesuai jugak buat dalam mangkuk dan skop je bila nak makan...


10g agar2 serbuk/1 paket agar2 biasa (28g)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Masakkan agar2 hingga mendidih, masukkan gula, biar mendidih lagi. Tutup air. Kalau gunakan agar2 biasa, tapiskan dulu. Masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
Tuangkan dalam acuan atau mangkuk, sejukkan. Kemudian masukkan dalam fridge. Bila nak hidangkan, letakkan buah laici diatasnyer...

Kek Pisang



Kek pisang ni ada macam versi dalam simpanan..tapi yang ni paling senang dan sedap jugak.
Lama dah tak buat kek pisang sebenarnya, kkadang rasa macam nak buat cekodok lg senang
kekadang lum sempat nak buat apa2..dah abis...:)

Kek Pisang

4 biji pisang
1/2 sudu esen vanila
150g butter
225g sugar
200g tepung gandum
1/2 sudu soda bicarbonat
4 biji telur
2 sudu makan coklat rice

Pukul butter hingga kembang, masukkan telor, pukul lagi hingga rata. Masukkan gula dan bahan2 lain..biarkan kembang seketika. Bakar dalam 1 jam.

Monday, December 14, 2009

Donat


Lama jugak rasanya tak buat donat..bknnyer apa..malas je. Donat ni aku belajar masa gi baking class hari tu..lain sikit dari donat yang biasa aku buat tuh...sangat lembut dan sedap.
Kadang2 kita kena tahu jugak buat bermacam2 jenis donat yang dari perbagai resepi yang berbeza. Ni salah satunyer. Cara buat tak susah sangat cuma bahan nya ada beza sikit dari yang aku selalu buat aja.
DONAT
300g tepung protein tinggi
200g tepung protein rendah
80g gula
11g yis kering
70g marjerin/shortening
1 biji telur
150g air sejuk
130g susu cair
secubit garam
1/2 sudu teh baking powder
Satukan tepung, gula, garam, marjerin, yis dan telur kedalam mangkuk adunan. Putar dengan alat hook kelajuan perlahan2 hingga rata. Tuangkan air bercampur susu sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang kasar.
Tukar kelajuan, putar lagi selama 7-8 minit hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat.
Keluarkan doh, rehatkan sehingga kembang.
Bila dah kembang, canaikan bentuk donat dan gorengkan. Bila dah goreng, salutkan dengan gula.

Homemade Baulu







First time sebenarnya buat baulu ni..rasa teringin lak nak makan.


Mungkin sebab dah lama tak makan kuih tradisional ni agaknyer...jd try la buat sendiri. Kalau cakap pasal acuan baulu ni melambak kat umah..cam teror sgt la pulak nak membuat...:)


Jadi kali ni nak try buat Baulu Pandan cam yang famos skrg orang jual2 tu kan...Ni gmbr kat atas ni first try..ok...tp masa keluarkan dari acuan tu..kita fikirkan sebab terlebih hangus..jd nmpk cam garing lak..macam keras sikit....jadi 2nd trip masuk oven tu aku pun buat lah tak nak brown sangat...tp jadi macam tak masak lak kuih ni...kira first time masuk oven je yg cantik nih...yang lain2 semua hampeh..tak brapa jadi sangat sebab cepat sgt keluarkan dari oven. Sebenarnya mmg lah nampak cam garing..tapi esoknyer tu bila kita makan, jadi lembut lak...aduhhh...nyesal yang lain2 tu keluarkan cepat dari oven..huhu...





Lagipun baulu yg first time buat ni manis sikit..jadi aku macam tak puashati la pulak.


Dah fikir nak buat lagi..tapi nak kurangkan gula.








Ni lah hasil kali kedua buat baulu...cantik lagi..puashati sebab semua menjadi..tak de yang terlebih terkurang masak..cantik je..lembut dan sedap...hahah..semua cukup. Lagi pun kali ni buat comey2 je cam orangnyer kan...puashati. Meh la cuba buat sendiri....

p/s: bila bab membakar, pastikan cukup 15minit baru keluarkan.

Baulu Pandan

150g gula kastor

200g tepung gandum )

1 sudu teh serbuk penaik ) diayak

5 biji telur

4 sudu makan coklat rice

3 sudu makan minyak masak

1 sudu teh emulco pandan

1 sudu teh pewarna hijau epal

Pukul telur dan gula hingga putih dan gebu hingga kelajuan tinggi selama lebih kurang 10min. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Campurkan emulco pandan dan pewarna hijau. Akhir sekali masukkan minyak masak dan digaul sebati.

Sapu acuan dengan minyak masak sedikit, panaskan dulu selama 5minit. Tuangkan adunan kedalam acuan, Bakar pada suhu 180-200c selama 15minit. Setelah masak, cungkin baulu keluar dengan menggunakan lidi. sejukkan.