Thursday, January 28, 2010

Strawberry Muffin



Muffin ni selalu gak buat. Kadang2 tu buat bekal budak2 ni gi sekolah. Tapi iyelah..muffin ni macam ada musim...kkdg abis diaorang makan..kkdg tu tak abis...terbiar je macam tak makan.


STRAWBERRY MUFFIN

Bahan:

170g mentega
170g castor sugar
4 biji telur
350g tepung gandum/tepung kek/tepung naik sendiri
20g baking powder
160ml susu segar
1 camca teh esen vanila
Strawberry filling / boleh gunakan filling lain kalau suka


Panaskan oven pada suhu 175'c. Pukul mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus putar lagi hingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga abis. Gaul rata.

Sudukan adunan kedalam mangkuk muffin 1/2 penuh..sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lg adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh sahaja. Dan bakar pada 20 minit atau hingga kuning keemasan.